AM

PM Anwar Beri Sumbangan Kepada Warga Emas Hidup Susah Di Kuantan

20/02/2025 07:33 PM

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada seorang bapa tunggal yang menjalani kehidupan penuh cabaran kerana kesukaran hidup.

Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi kepada warga emas dikenali sebagai V. Ramaiyeyah, 69, di Taman Impianku, Sungai Lembing, Kuantan, Pahang baru-baru ini.

“Di usia emasnya, dia masih berjuang untuk meneruskan kehidupan meskipun keadaan tidak selalu memihak kepadanya.

“Di rumah yang serba sederhana, dia menyambut kami dengan senyuman yang terselit harapan. Hanya ketabahan menjadi penguat semangatnya. Mendengar kisahnya, saya tersentuh, seorang ayah yang berkorban segalanya demi kelangsungan hidup,” katanya dalam hantaran menerusi Facebooknya yang turut dikongsikan Perdana Menteri hari ini.

Ahmad Farhan berkata beliau mewakili Perdana Menteri menyampaikan sumbangan wang tunai dan bakul makanan bagi meringankan beban warga emas itu.

“Ketika menerima sumbangan ini, kelihatan dia seolah-olah mengungkap rasa syukur yang sukar diluahkan dengan kata-kata.

“Saya mendoakan Uncle Ramaiyeyah diberikan kekuatan dan kesejahteraan dalam menjalani kehidupan ini,” katanya.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2394711