GEORGE TOWN, 21 Feb (Bernama) -- Polis sedang mengesan seorang wanita berusia 27 tahun yang dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumahnya di sini sejak tiga hari lepas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata wanita berkenaan dikenali Wan Nur Farahin Wan Abdul Hamid mempunyai ketinggian 160 sentimeter (cm).
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita berkenaan untuk menyalurkan kepada Sub Insp Mior Faizul Harim Osman di talian 019-4783122 atau mana-mana balai polis berdekatan.
-- BERNAMA