PASARAN

Niaga Hadapan FBM KLCI Bercampur-campur Dalam Dagangan Awal

25/02/2025 10:17 AM

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives bercampur-campur dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.15 pagi, Mac 2025 merosot 1.0 mata kepada 1,561.0 dan Jun 2025 berkurangan setengah mata kepada 1,565.0.

Sementara itu, Februari 2025 tidak berubah pada 1,583.0 dan September 2025 tidak diniagakan. 

Jumlah dagangan sebanyak 6,560 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 48,153 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI merosot 4.03 mata kepada 1,580.22 selepas 36 minit dagangan.  

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2396117