AM

US Pizza Lancar Promosi Ramadan, Tawar Hadiah Bernilai Lebih RM100,000

28/02/2025 06:32 PM

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- MY US Pizza Sdn Bhd telah melancarkan kempen Ramadan, menawarkan set hidangan eksklusif, promosi ‘spin-and-win’ (putar dan menang) dan cabutan bertuah dengan hadiah bernilai lebih RM100,000.

US Pizza dalam satu kenyataan hari ini berkata kempen yang berlangsung dari 1 Mac hingga 1 April, 2025 itu menyasarkan untuk meningkatkan pengalaman berbuka puasa dengan set hidangan disediakan khas untuk keluarga dan rakan-rakan.

“Untuk bulan Ramadan yang penuh keberkatan, US Pizza memperkenalkan tiga set hidangan lazat, sesuai untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan. Sesuai untuk mereka yang ingin kelainan daripada hidangan tradisional tempatan seperti nasi, set ini menawarkan alternatif unik dan memuaskan.

“Pada mulanya ia hanya tersedia untuk pra-pesanan, harga promosi kini telah dilanjutkan sehingga akhir Aidilfitri berikutan permintaan yang amat menggalakkan,” katanya.

Sebagai sebahagian daripada kempen, pelanggan yang makan di US Pizza, membuat pesanan untuk pengambilan atau menggunakan platform pesanan web US Pizza (weborder.uspizza.my) boleh menyertai promosi ‘Spin & Win’, antara hadiah ditawarkan adlah ganjaran wang tunai sehingga RM2,000, baucar diskaun dan item menu percuma.

“Sementara itu, pelanggan yang membelanjakan RM39 atau lebih untuk set hidangan ‘Fast & Feast’ melalui weborder.uspizza.my akan menerima penyertaan cabutan bertuah untuk peraduan ‘Berbuka & Menang Besar’, berlangsung dari 17 Februari hingga 1 April, peraduan itu menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM10,000 dengan jumlah hadiah bernilai RM100,000,” katanya.

Selain itu, US Pizza juga telah bekerjasama dengan jenama artis tempatan Michael Chuah, Yuurei Neko Sama untuk memperkenalkan barangan bertema Ramadan edisi terhad, termasuk kotak piza istimewa, paket wang dan cawan Yuurei Neko Sama edisi terhad, tersedia pada harga RM6.90 dengan pembelian.

“Untuk acara korporat, US Pizza menawarkan pakej bufet untuk kumpulan berjumlah 30 orang ke atas, pada harga RM39 seorang. Organisasi yang mengambil pakej bufet ini juga boleh menyumbang makanan kepada masjid, rumah anak yatim dan rumah kebajikan sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR),” katanya.

Untuk maklumat lanjut, lawati media sosial @USPizzaMalaysia.

-- BERNAMA



 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2397752