JENAYAH & MAHKAMAH

Empat Kedai, 22 Motosikal Musnah Dalam Kebakaran

03/03/2025 12:42 PM

IPOH, 3 Mac (Bernama) -- Empat kedai dan 22 motosikal musnah dalam kejadian kebakaran di Laluan Utama, Kampung Tekah Baru di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.11 pagi sebelum  menggerakkan 15 anggota bomba serta lima jentera ke lokasi kejadian.

Beliau berkata operasi memadam kebakaran itu melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai, BBP Gopeng serta BBP Ipoh.

“Setibanya di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan empat kedai satu tingkat jenis kelas B iaitu bengkel motosikal yang terbakar 70 peratus, kedai makan (50 peratus), kedai kosong (30 peratus) dan bengkel kereta (30 peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata turut musnah 22 motosikal yang berada di dalam bengkel motosikal berkenaan dan mangsa terlibat tidak mengalami kecederaan.

Beliau memaklumkan operasi tamat pada 6.53 pagi.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2398285