AM

Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Hari Wanita Antarabangsa 2025

08/03/2025 10:18 AM

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, hari ini menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Wanita Antarabangsa 2025 kepada semua wanita di Malaysia.

Dengan tema sambutan tahun ini, Wanita Beraspirasi Membina Legasi, Seri Paduka Baginda menyampaikan penghargaan kepada golongan wanita yang menjadi tunjang keluarga, masyarakat, dan negara.

Seri Paduka Baginda turut menyanjung peranan wanita yang bukan sahaja penting dalam institusi kekeluargaan, malah turut menyumbang dalam pelbagai bidang profesional.

"Kecekalan dan kebijaksanaan wanita dalam menghadapi cabaran menjadikan mereka sumber inspirasi dalam membina legasi bermakna untuk generasi akan datang.

"Saya turut mendoakan agar setiap wanita terus cekal dan bersemangat dalam apa jua yang mereka usahakan," titah Raja Permaisuri Agong dalam hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2400210