AM

Jambatan Gantung Sungai Balar, Gua Musang Akan Dibina Segera - JAKOA

09/03/2025 11:07 PM

KOTA BHARU, 9 Mac (Bernama) -- Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan menyegerakan pembinaan baharu jambatan gantung Sungai Balar di Gua Musang yang terputus akibat banjir di kawasan itu hari ini.

JAKOA dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa hampir 400 penduduk terjejas akibat kejadian berkenaan.

"JAKOA sentiasa peka terhadap isu yang melibatkan masyarakat Orang Asli dan proaktif dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

"Untuk makluman, jambatan yang terjejas tersebut termasuk dalam senarai perancangan untuk dibaik pulih pada tahun ini. Namun, berikutan insiden ini, JAKOA akan menyegerakan pembinaan baharu bagi kemudahan pejalan kaki dan pengguna motosikal," menurut kenyataan itu.

Menurut jabatan itu, JAKOA komited untuk mencari penyelesaian terbaik serta memastikan kesejahteraan dan kebajikan masyarakat Orang Asli terus terpelihara.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2400633