AM

PM Anwar Hadir Program Ihya Ramadan Di KKDW

13/03/2025 02:40 PM

PUTRAJAYA, 13 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Ketibaan Anwar, yang juga Menteri Kewangan pada 12.05 tengah hari disambut Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta timbalannya Datuk Rubiah Wang.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Setiausaha KKDW Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar.

Program dimulakan dengan mesyuarat antara Perdana Menteri dan pengurusan tertinggi KKDW bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan pencapaian utama kementerian.

Seterusnya, Anwar meluangkan masa menghadiri sesi tazkirah bertajuk "Ramadan Yang Sempurna" yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Sumber Manusia Majlis Amanah Rakyat (MARA) Ustaz Asri Hassan.

Usai sesi tazkirah, Anwar turut menyertai warga KKDW menunaikan solat Zuhur berjemaah.

Program Ihya Ramadan itu bertujuan menyantuni warga KKDW dan memanfaatkan bulan Ramadan melalui amalan kerohanian.

-- BERNAMA 

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2401942