Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Family Bhd Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi (tiga kiri) menyerahkan sumbangan kepada keluarga Hamidah Kamarudin (tiga kanan), 61, pada Program Terjah Rumah Asnaf untuk menyerahkan bantuan dan sumbangan raya kepada sebuah keluarga asnaf di PPR Kerinci, Lembah Pantai.
Takaful Ikhlas Family Berhad (Takaful IKHLAS), anak syarikat MNRB Holdings Berhad juga melancarkan pelan tambahan IKHLAS Lestari, bertujuan memberi peluang kepada masyarakat menyumbang kepada pembangunan komuniti secara mampan dan patuh syariah.
-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Gambar kredit Takaful Ikhlas
AM
Takaful Ikhlas Santuni Keluarga Asnaf, Bantu Ringankan Beban Sambut Syawal