Jenazah Esah Tahar, bonda kepada Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, yang meninggal dunia pada 5.15 pagi tadi di sebuah hospital di Damansara, dibawa ke Makam Diraja Shah Alam untuk dikebumikan selepas disembahyangkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.
Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin kelihatan sebak ketika memberi penghormatan terakhir pada majlis pengebumian bondanya, Esah Tahar, di Makam Diraja Shah Alam, hari ini.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (dua, kiri) berkenan mengiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin (dua, kanan) menabur bunga di pusara ibunda tercinta, Allahyarham Esah Tahar, ketika memberi penghormatan terakhir pada majlis pengebumian di Makam Diraja Shah Alam hari ini.
AM
Jenazah Bonda Tengku Permaisuri Selangor Selamat Dikebumikan Di Makam Diraja Shah Alam