Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) berkenan diarak dengan menaiki kenderaan istana Rolls Royce A1 menyusuri Jalan Istana menuju ke Istana Alam Shah sempena Istiadat Perarakan Pernikahan Diraja Raja Muda Selangor pagi ini. Perarakan itu bermula dari Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz sehingga ke Istana Alam Shah diiringi oleh Rejimen ke-25 Askar Melayu Diraja sebagai jejawat dan paluan kumpulan kompang Istana Diraja Selangor.
-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan diarak dengan menaiki kenderaan istana Rolls Royce A1 pada Istiadat Perarakan Pernikahan Diraja Raja Muda Selangor pagi ini.
Perarakan bermula dari Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz hingga ke Istana Alam Shah itu diiringi oleh Rejimen ke-25 Askar Melayu Diraja sebagai jejawat dan paluan kumpulan kompang Istana Diraja Selangor.
-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
AM
Rakyat Tidak Lepas Peluang Menyaksikan Perarakan Pernikahan Raja Muda Selangor