Seorang lelaki tempatan didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di Kampung Rampangi, Sabtubong, awal bulan ini.
Mohammad Shukri Ryan, 32, yang bekerja sebagai mekanik, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nursyaheeqa Nazwa Radzali, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, Mohammad Shukri didakwa membunuh Nurzahieyka Zainuddin, 3, di sebuah rumah di Kampung Rampangi, Jalan Sultan Tengah kira-kira 7.45 malam, 7 Okt lepas.
-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA.