PASARAN

Niaga Hadapan Emas Terus Meningkat Hari Kelima Berturut-turut Susulan Ketidaktentuan Global

17/10/2025 10:39 PM

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi untuk hari kelima berturut-turut hari ini.

Kontrak bulan semerta Oktober 2025 naik kepada US$4,341.60 setiap auns troy daripada US$4,229.80 ketika ditutup semalam, kontrak November 2025 menokok kepada US$4,358.30 setiap auns troy daripada US$4,246.50 sebelumnya.

Manakala kontrak Disember 2025 meningkat kepada US$4,374.30 setiap auns troy daripada US$4,262.50.

Kontrak Januari 2026 mengukuh kepada US$4,391.30 setiap auns troy daripada US$4,279.50 semalam manakala kontrak Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 semuanya diselesaikan lebih tinggi pada US$4,407.20 setiap auns troy daripada US$4,295.80 sebelumnya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 135 lot daripada 63 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka susut kepada 171 kontrak daripada 177 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$4,261.95 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 16 Okt, 2025.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2480203