AM

PM Anwar Sampai Sumbangan Kepada Warga Emas Terlantar Sakit Di Semambu

17/10/2025 11:20 PM

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan sumbangan kepada Fatimah Said, seorang warga emas yang terlantar akibat masalah kesihatan, di kediamannya di Semambu, Pahang.

Sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi sewaktu melakukan Ziarah MADANI terhadap Fatimah.

"Tubuhnya mungkin lemah, namun mata dan senyumnya masih menyimpan ketabahan yang luar biasa. Beliau berkongsi kisah hidupnya yang sederhana yang kini hari-harinya diisi dengan doa dan sabar menanggung ujian.

"Bagi pihak Perdana Menteri, saya sampaikan sumbangan tunai dan bakul makanan sebagai tanda kasih dan keprihatinan kerajaan. Namun lebih utama, kunjungan ini untuk menyampaikan rasa peduli, agar beliau tahu bahawa dirinya tidak dilupakan," katanya menerusi hantaran di Facebook yang turut dikongsikan oleh Anwar.

Ahmad Farhan juga mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan, kekuatan dan ketenangan kepada Fatimah.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2480222