JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Subang Jaya Giat Kesan Anggota Dilaporkan Hilang Sejak Khamis

19/10/2025 01:32 PM

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Polis sedang mengesan seorang anggota yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Jalan USJ 8, dekat sini pada Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata Mohd Fadhil Mohamed @ Ahadiah, 40, kali terakhir dilihat meninggalkan kediamannya pada 15 Okt dengan memandu kereta Proton Saga hitam bernombor pendaftaran WC8024K.

“Laporan kehilangan dibuat oleh ahli keluarga pada 16 Okt, kira-kira 9.15 malam, selepas beliau gagal dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Mohd Fadhil mempunyai ketinggian 167 sentimeter, berat 85 kilogram, berkulit sawo matang, berambut pendek serta bermata sepet.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan anggota berkenaan diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Subang Jaya di talian 03-78627222 / 03-78627100 atau Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Suhaimi Ibrahim di talian 019-8301476 bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2480592