KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada seluruh penganut Hindu di negara ini.
Anwar berharap agar Deepavali tahun ini menjadi simbol rakyat Malaysia untuk bersama menuju kemajuan, pencerahan, keadilan dan meninggalkan kegelapan serta kezaliman.
"Mudah-mudahan Deepavali dapat memberikan pencerahan dan kebahagiaan kepada keluarga masyarakat Malaysia," kata beliau menerusi video ucapannya sempena Hari Deepavali.
Deepavali yang juga dikenali sebagai Pesta Cahaya disambut esok.
-- BERNAMA