KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tinggi dalam dagangan awal pada Isnin.
Pada 9.42 pagi, kontrak November 2025 meningkat 6.5 mata kepada 1,617.0, Disember 2025 menambah 4.5 mata kepada 1,614.5, Mac 2026 naik 5.5 mata kepada 1,595.5 dan Jun 2026 menokok 12.5 mata kepada 1,602.5.
Jumlah dagangan sebanyak 1,019 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 39,967 kontrak.
Petunjuk pasaran FBM KLCI naik 4.27 mata kepada 1,613.42 selepas 46 minit dagangan daripada 1,609.15 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
-- BERNAMA