DUNIA

Gempa Bumi 6.0 Skala Richter Landa Pantai Timur Kamchatka Dan Semenanjung Minahassa - GFZ

05/11/2025 02:01 PM

BEIJING, 5 Nov (Bernama-Xinhua) -- Dua gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter masing-masing melanda pantai timur Kamchatka di Rusia dan Semenanjung Minahassa di Sulawesi pada Selasa, menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ), lapor Xinhua.

Gempa pertama berlaku pada 2328 GMT di kawasan pantai timur Kamchatka dengan pusat gempa berada pada kedalaman 10 kilometer, terletak pada 52.26 darjah utara dan 159.99 darjah timur.

Beberapa minit kemudian, pada 2332 GMT, gempa kedua menggegarkan Semenanjung Minahassa, Sulawesi dengan kedalaman 113.3 kilometer, berpusat pada 0.11 darjah selatan dan 123.15 darjah timur.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kerosakan besar atau amaran tsunami dikeluarkan susulan kedua-dua gempa itu.

-- BERNAMA-XINHUA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2487363