DUNIA

Pelaburan Ke AS Boleh Capai US$21 Trilion Menjelang Hujung Tahun - Trump

18/11/2025 10:48 AM

WASHINGTON, 18 Nov (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata ekonomi negara itu dijangka menarik sehingga US$21 trilion pelaburan menjelang akhir tahun ini.

“Kita menerima lebih US$17 trilion pelaburan dalam tempoh sembilan bulan.

“Ia kini hampir mencecah US$18 trilion dan menjelang akhir satu tahun, jumlahnya dijangka mencapai antara US$20 dan US$21 trilion,” katanya ketika berucap pada satu acara anjuran McDonald's.

Trump turut membandingkan rekod pentadbirannya dengan bekas presiden Joe Biden, mendakwa Biden hanya berjaya menarik sekitar US$1 trilion pelaburan sepanjang empat tahun memegang jawatan.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI



 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2492052