KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka kebanyakannya meningkat pada dagangan hari ini.
Pada 9.34 pagi, kontrak bulan semasa November 2025 naik 2.5 mata kepada 1,618.5, Disember 2025 menambah 3.0 mata kepada 1,619.0, Mac 2026 menokok 1.5 mata kepada 1,599.0 manakala Jun 2026 tidak berubah pada 1,603.0.
Jumlah dagangan sebanyak 985 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 42,211 kontrak.
Indeks penanda aras FBM KLCI meningkat 3.40 mata kepada 1,617.46 selepas 34 minit dagangan dijalankan berbanding penutupan Selasa pada 1,614.06.
-- BERNAMA