AM

Beberapa Laluan Di Shah Alam Ditutup Sempena Malaysia Vibe Fest 2025

20/11/2025 01:20 PM

SHAH ALAM, 20 Nov (Bernama) -- Beberapa laluan utama di sekitar bandar raya ini akan ditutup secara berperingkat sempena penganjuran Malaysia Vibe Fest (Half Marathon) 2025 pada 29 Nov.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan penutupan jalan bermula dari 4 hingga 11 pagi itu bagi memberi laluan kepada peserta larian kategori 5 kilometer (km), 10 km dan 21 km.

Antara jalan itu ialah sekitar i-City, Jalan Plumbum, Persiaran Permai, Persiaran Kayangan, Persiaran Selangor, Persiaran Damai, Persiaran Masjid, Bulatan Bestari, Seksyen 7 dan Seksyen 14.

MBSA menasihatkan pengguna jalan raya merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan sepanjang tempoh penutupan.

“Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama orang ramai dihargai,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2492988