PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Kebanyakannya Rendah

27/11/2025 10:10 AM

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan kebanyakannya rendah dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.16 pagi, kontrak November 2025 susut 4.5 mata kepada 1,626.0, Disember 2025 turun 3.0 mata kepada 1,629.5, Mac 2026 merosot 2.0 mata kepada 1,613.5, sementara Jun 2026 tidak berubah pada 1,619.0.

Jumlah dagangan berjumlah 3,290 lot, dengan kepentingan terbuka sebanyak 61,237 kontrak.

Indeks penanda aras FBM KLCI turun 1.69 mata kepada 1,622.81 selepas 35 minit dagangan dijalankan berbanding paras 1,624.50 ketika ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA   

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2495861