BANGKOK, 28 Nov (Bernama-CMG) -- Festival Filem China Bangkok ke-19 membuka tirai di sini, pada Rabu.
Filem "Dongji Rescue" yang diadaptasi berdasarkan peristiwa yang berlaku semasa Perang Dunia II ditayangkan pada majlis pelancaran festival itu.
Filem itu menceritakan tentang kisah nelayan tempatan pulau Dongji China bersabung nyawa untuk menyelamatkan tawanan perang Britain apabila kapal Jepun, Lisbon Maru yang membawa tawanan karam di sekitar perairan Zhoushan, China.
Pada saat genting, nelayan-nelayan pulau Dongji tampil ke hadapan dan dengan keberanian serta kebaikan hati mereka, membuka lembaran kehidupan bagi tawanan perang di tengah cabaran ombak besar dan deras.
Kira-kira 600 orang termasuk pakar dan sarjana dari kalangan perfileman China dan Thailand serta penonton tempatan menonton filem itu.
Sejak diasaskan hampir 20 tahun lalu, Festival Filem China Bangkok kini berkembang menjadi wadah penting bagi pertukaran kebudayaan antara China dan Thailand, sekali gus menyumbang kepada pengukuhan persefahaman dan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara.
-- BERNAMA-CMG