AM

TikTok Shop Perkenal Program Kesetiaan VIP, Tawar Penjimatan Tambahan Sehingga RM1,000 untuk Rakyat Malaysia Menjelang Jualan 12.12

12/12/2025 03:10 PM

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) – TikTok Shop terus memperkukuh ekosistem e-dagang yang menyeluruh (full-funnel) menjelang Jualan Akhir Tahun 12.12 kali ini dengan memperkenalkan program kesetiaan baharu.
 

Program ini menawarkan penjimatan sehingga RM1,000 bagimenyokong pembeli dalam talian di Malaysia dengan lebihbaik serta mempercepatkan pertumbuhan PMKS tempatan.

 

Dikenali secara rasmi sebagai TikTok Shop VIP, program kesetiaan ini akan ditawarkan kepada pelanggan yang memenuhi syarat kelayakan, iaitu membuat sekurang-kurangnya empat pesanan bulanan dalam tempoh dua bulanyang lalu.

Kelayakan adalah berdasarkan jumlah bilangan transaksi, tanpa memerlukan perbelanjaan minimum.

Ikon TikTok Shop VIP akan terpapar di bahagian atas lamanutama Shop Tab bagi pembeli yang layak untuk melangganprogram kesetiaan ini dan menikmati pelbagai penjimatantambahan.

Ini termasuklah Penghantaran Percuma, Bonus Pulangan Tunai (Cashback), baucar Diskaun Produk, dan banyak lagi. Status kelayakan untuk program kesetiaan iniakan dikemas kini pada setiap awal bulan.

 

Manfaat ini melengkapkan pelbagai promosi yang tersediasepanjang Jualan Akhir Tahun 12.12 TikTok Shop, di mana rakyat Malaysia boleh menikmati pemberian hadiah semasasesi LIVE dengan diskaun sehingga 50%, baucar yang bolehdigabungkan (stackable) sehingga 30%, tawaranpenghabisan stok (clearance) serendah RM10 setiap hari, serta tawaran menarik daripada jenama tempatan dan antarabangsa.

 

Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan TikTok Shop untuk meningkatkan kepercayaan dan pengalamanpengguna, pilihan pembayaran TikTok Shop PayLater juga telah menerima pensijilan rasmi daripada Afsha Shariah Advisory, sekaligus mengesahkan pematuhan Syariah sepenuhnya.

 

Ini memberikan pengguna yang diluluskan pilihan untukmenguruskan belanjawan mereka secara fleksibel apabilamembeli barangan keperluan melalui ansuran patuh Syariah sehingga 12 bulan, berdasarkan had perbelanjaan peribadidan penilaian kemampuan pengguna masing-masing.

Nur Azre Abdul Aziz, Pengarah Kanan PerhubunganStrategik di TikTok Shop Malaysiaberkata: "Penambahbaikan terhadap ekosistem e-dagang kami inidireka untuk memperkayakan pengalaman komuniti Malaysia sambil menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi digital negara. Usaha berterusan kami secara konsisten memacuimpak buat PMKS tempatan, seperti yang terbukti dalamJualan 11.11 kami yang memecahkan rekod baru-baru ini, di mana beberapa jenama dan pencipta tempatan sepertiDessini, MydoraGold, dan Hello Sonia masing-masing melepasi jualan RM1 juta dalam satu hari."

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Jualan Akhir Tahun 12.12 TikTok Shop, sila layari: https://vt.tiktok.com/ZSHwSTfExXDH1-mE3g5/

 — BERNAMA

(Semua yang dinyatakan dalam artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak menggambarkan dasar atau pendirian rasmi BERNAMA)

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2501715