PASARAN

Kontrak Niaga Hadapan KLCI Kebanyakannya Tinggi Pada Awal Dagangan

17/12/2025 10:10 AM

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kebanyakannya tinggi ketika awal dagangan pada Rabu.

Pada 9.26 pagi, Disember 2025 meningkat 3.5 mata kepada 1,647.50, Januari 2026 menambah 5.0 mata kepada 1,652.50, Mac 2026 naik 2.5 mata kepada 1,633.50, manakala Jun 2026 kekal pada 1,634.0.

Jumlah dagangan mencecah 1,697 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 39,779 kontrak.

Selepas 45 minit dagangan, penanda aras FBM KLCI susut 2.35 mata kepada 1,645.96 daripada 1,648.31 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2503601