KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi kukuh di pasaran tunai pendasar.
Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2025 meningkat 4.5 mata kepada 1,644.0, kontrak Januari, Mac dan Jun 2026 naik 5.5 mata masing-masing kepada 1,647.50, 1,631.0 dan 1,634.0.
Jumlah dagangan meningkat kepada 7,689 lot daripada 5,068 lot pada hari Isnin, manakala kepentingan terbuka naik kepada 44,290 kontrak daripada 41,488 sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI menokok 4.59 mata, atau 0.28 peratus, kepada 1,648.31 daripada 1,643.72 pada Isnin.
-- BERNAMA