Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang juga Canselor Universiti Malaya berkenan merasmikan "UM Immersive 120" di Universiti Malaya hari ini.
UM Immersive 120, merupakan ruang interaktif berteknologi tinggi yang dibangunkan bagi memperingati 120 tahun kecemerlangan akademik, pembinaan negara dan pengaruh global Universiti Malaya.
Baginda turut berkenan mencemar duli melawat Galeri Seni Universiti Malaya (UMAG) bagi menyaksikan pameran âLegacy in Canvas: A Tribute to His Royal Highness Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shahâ, iaitu satu koleksi potret kurasi yang merakam perjalanan Al-Marhum daripada seorang pelajar undang-undang kepada Majistret, Ketua Hakim Negara dan Canselor, sekali gus menzahirkan dedikasi baginda terhadap kecemerlangan akademik dan kedaulatan undang-undang.
-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang juga Canselor Universiti Malaya berkenan melawat Galeri Seni Universiti Malaya selepas menyempurnakan Majlis PelancaraN "UM Immersive 120" di Universiti Malaya hari ini.
Baginda melawat Galeri Seni Universiti Malaya (UMAG) bagi menyaksikan pameranLegacy in Canvas: A Tribute to His Royal Highness Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, iaitu satu koleksi potret kurasi yang merakam perjalanan Al-Marhum daripada seorang pelajar undang-undang kepada Majistret, Ketua Hakim Negara dan Canselor, sekali gus menzahirkan dedikasi baginda terhadap kecemerlangan akademik dan kedaulatan undang-undang.
-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
AM
Sultan Perak Berkenan Rasmi ‘UM Immersive 120’ Simbol Kecemerlangan Universiti Malaya