DUNIA

China Jadi Enjin Utama Pertumbuhan Industri Perfileman Global

22/12/2025 04:53 PM

BEIJING, 22 Dis (Bernama-CMG) -- Pasaran perfileman China terus menunjukkan kemajuan menggalakkan apabila tayangan filem animasi di seluruh negara menempa sejarah kutipan paling tinggi iaitu 25 bilion yuan (RM14.48 bilion) bagi tahun 2025.

Hasil kutipan filem animasi Zootopia 2 direkod mencecah US$1 bilion (RM4.08 bilion) di pasaran global, dan China menyumbang hampir separuh kepada keseluruhan kutipan berkenaan.

Prestasi itu menyaksikan negara Tembok Besar tampil sebagai pasaran paling dominan dari segi kutipan pecah panggung disusuli Amerika Utara.

Tokoh perfileman Amerika Syarikat (AS) berpendapat bahawa pasaran China telah menjadi enjin utama kepada pertumbuhan industri perfileman global.

Antara filem antarabangsa lain yang ditayangkan di pagawam tempatan termasuk Avatar: Fire And Ash, yang juga mendapat sambutan baik daripada penonton China.

Laporan media asing menyebut bahawa populariti filem import berkenaan mencerminkan daya tahan kukuh industri perfileman China serta sikap terbuka negara ini terhadap produk filem yang unggul dari seluruh dunia.

-- BERNAMA-CMG

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2505309