PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

23/12/2025 07:09 PM

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, meskipun kenaikan di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2025 susut 6.0 mata kepada 1,673.5, Januari 2026 turun 3.5 mata kepada 1,679.0, Mac 2026 berkurangan 3.5 mata kepada 1,663.5, dan Jun 2026 merosot 2.0 mata kepada 1,667.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 20,477 lot daripada 14.280 pada Isnin, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 58,090 kontrak daripada 51,755 sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 5.35 mata, atau 0.32 peratus, kepada 1,676.64, yang mana merupakan paras tertinggi intra harinya, daripada 1,671.29 pada Isnin.

-- BERNAMA

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2505653