PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

24/12/2025 10:41 AM

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada Rabu.

Pada 9.58 pagi, kontrak Disember 2025 meningkat lima mata kepada 1,678.5, Januari naik 4.5 mata kepada 1,683.50, Mac 2026 menambah 5.5 mata kepada 1,669.0, manakala Jun 2026 meningkat 7.5 mata kepada 1,674.5.

Jumlah dagangan mencecah 5,857 lot, dengan kepentingan terbuka sebanyak 44,567 kontrak.

Pada 10.15 pagi, penanda aras FBM KLCI susut 1.54 mata kepada 1,675.10 berbanding paras 1,676.64 ketika ditutup pada Selasa.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2505765