AM

Amaran Hujan Berterusan Tahap Buruk, Waspada Di Sarawak - MetMalaysia

31/12/2025 08:43 AM

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada di beberapa kawasan di Sarawak bermula hari ini sehingga esok.

Dalam kenyataan pagi ini, Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Kuching, Serian (Serian) dan Samarahan, manakala tahap waspada di Serian (Tebedu), Sri Aman dan Betong.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi  myCuaca dan laman media sosial rasmi MetMalaysia atau menghubungi talian 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2507482