JENAYAH & MAHKAMAH

AKPS Rampas Sosej Tanpa Dokumen Import Di Bukit Kayu Hitam

31/12/2025 11:30 AM

BUKIT KAYU HITAM, 31 Dis ( Bernama) -- Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam merampas pelbagai sosej seberat 360 kilogram (kg) tanpa dokumen pengesahan import sah di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini, petang semalam.

Komander AKPS Bukit Kayu Hitam SAC Mohd Nasarudin M. Nasir berkata rampasan bernilai kira-kira RM2,500 itu dilakukan hasil pemeriksaan rutin anggotanya di laluan kereta di kompleks berkenaan pada 4.30 hingga 6 petang. 

“Hasil pemeriksaan mendapati pelabelan sosej itu tidak mematuhi kehendak Akta Makanan 1983.

"Barangan berkenaan dibawa oleh dua wanita tempatan berusia lingkungan 20-an dengan menaiki kenderaan SUV,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata sosej berkenaan diserahkan kepada Jabatan Kesihatan bagi tindakan lanjut. 

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2507527