SAO PAULO, 3 Jan (Bernama-WAM) -- Sekurang-kurangnya 11 orang maut selepas sebuah bas bertembung dengan sebuah lori di selatan Brazil pada Jumaat, lapor Agensi Berita Emirates (WAM) memetik kenyataan Polis Lebuhraya Persekutuan negara itu.
Menurut polis, tujuh orang lagi cedera dalam kemalangan yang berlaku kira-kira 11.30 pagi waktu tempatan di sebuah lebuh raya persekutuan di negeri paling selatan Brazil, Rio Grande do Sul, dan mangsa cedera telah dihantar ke hospital.
Sebahagian muatan pasir lori berkenaan dilaporkan memasuki bahagian dalam bas akibat perlanggaran itu, sekali gus menyukarkan usaha pasukan penyelamat untuk mengakses kenderaan berkenaan, menurut polis.
-- BERNAMA-WAM