AM

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Dan Angin Kencang Di Sabah, Sarawak Hingga 8 Malam Ini

06/01/2026 04:57 PM

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah hingga 8 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan di Sarawak, cuaca buruk itu melibatkan kawasan Kuching, Serian dan Samarahan (Samarahan dan Asajaya). 

Amaran itu turut membabitkan beberapa kawasan pedalaman di Sabah iaitu Sipitang dan Beaufort, Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Kunak), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu).

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2509440