PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

12/01/2026 06:52 PM

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) --  Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi secara keseluruhannya hari ini seiring dengan prestasi kukuh di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak Januari 2026 dan Mac 2026 meningkat 16.5 mata masing-masing  kepada 1,701.5 dan 1,686.5, Februari 2026 naik 16.0 mata kepada 1,704.5 manakala Jun 2026 menokok 17.0 mata kepada 1,687.5.

Jumlah dagangan meningkat kepada 8,238 lot daripada 7,427 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka menokok kepada 41,460 kontrak daripada 40,951 kontrak.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 8.90 mata, atau 0.53 peratus, kepada 1,695.44 daripada paras penutup 1,686.54 pada Jumaat. 

Pada Isnin, indeks petunjuk pasaran mencecah paras tertinggi baharu dalam tempoh enam tahun. 

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2511628