PASARAN

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

12/01/2026 08:18 PM

KUALA LUMPUR,12 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di  Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan pada Bursa Komoditi New York (COMEX), apabila sentimen mengukuh di tengah-tengah dolar Amerika Syarikat yang lebih lemah dan peningkatan kebimbangan mengenai kebebasan Rizab Persekutuan AS. 

Kontrak bulan semerta baharu Januari 2026 meningkat kepada US$4,608.10 setiap auns troy berbanding US$4,485.40 pada Jumaat, Februari 2026 menokok kepada US$4,624.70 setiap auns troy daripada US$4,502.20, Mac 2026 mengukuh kepada US$4,642.30 setiap auns troy daripada US$4,520.10.

Kontrak April, Jun dan Ogos 2026 juga lebih tinggi berada pada US$4,659.60 setiap auns troy berbanding US$4,538.10 sebelumnya. 

Jumlah dagangan meningkat kepada 187 lot daripada 141 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka menambah kepada 279 kontrak daripada 238 kontrak. 

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 9 Jan, 2026, harga emas fizikal berada pada US$4,493.85 setiap auns troy. 

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2511673