KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FBM KLCI dibuka rendah pada Khamis, menjejaki penurunan di pasaran tunai.
Pada 9.30 pagi, kontrak semasa Januari 2026 susut 3.0 mata kepada 1,708.0, Februari, manakala Mac dan Jun turun 5.0 mata masing-masing kepada 1,711.0, 1,692.0, dan 1,695.5.
Jumlah dagangan sebanyak 1,138 lot dengan kepentingan terbuka berjumlah 37,351 kontrak.
Indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI merosot 7.59 mata kepada 1,703.32 selepas 35 minit dagangan dijalankan berbanding paras penutupan Rabu pada 1,710.91.
-- BERNAMA