AM

LHDN Perkenal Aplikasi Whatsapp, Platform Pertanyaan Cukai Baharu

15/01/2026 04:43 PM

PUTRAJAYA, 15 Jan (Bernama) --  Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) hari inj memperkenal aplikasi WhatsApp dan platform baharu carian maklumat bagi  memudahkan urusan percukaian pembayar cukai.

LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan pembayar cukai boleh mendapatkan pemakluman percukaian, peringatan bayaran, notifikasi berkaitan tunggakan serta pematuhan cukai melalui nombor telefon bimbit yang berdaftar menggunakan aplikasi Whatsapp yang dibangunkan tersebut. 

"Profil WhatsApp yang digunakan oleh LHDN adalah bernama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dan menggunakan nombor telefon  03-8911 1000," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, LHDN memaklumkan platform pertanyaan ditambah baik yang dikenali sebagai Tanya HAFY akan menggantikan platform terdahulu iaituTanya@HKC di portal rasmi LHDN. 

"Pencarian maklumat ini adalah secara akses kendiri (self-service) yang lebih sistematik, relevan dan efisien," menurut kenyataan itu.

LHDN yakin pengenalan aplikasi WhatsApp HASiL dan Tanya HAFY akan meningkatkan capaian maklumat penting serta memberi nilai tambah kepada pembayar cukai di negara ini.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2512813