KINABATANGAN, 18 Jan (Bernama) -- Seorang bayi lelaki cukup sifat seberat 2.4 kilogram ditemukan di kawasan Ladang Karangan Agriculture, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt Ravi Duraisamy berkata pihak polis menerima laporan berhubung penemuan bayi yang masih bernyawa itu oleh seorang pekerja ladang kelapa sawit berkenaan pada 7.27 malam.
"Bayi yang dianggarkan berusia antara tiga hingga lima hari itu telah dihantar ke Hospital Kinabatangan sebelum dirujuk ke Hospital Sandakan untuk rawatan lanjut dan tindakan susulan pihak kebajikan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ravi berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan melalui talian 089-561890 atau Pegawai Penyiasat Insp Nur Syafiqah Dahon, 014-5573735.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.
-- BERNAMA