AM

Bangkai Penyu Agar Ditemukan Di Pantai Paka

19/01/2026 06:31 PM

DUNGUN, 19 Jan (Bernama) -- Seekor penyu agar ditemukan mati terdampar di Pantai Paka dekat sini pagi tadi. 

Bangkai penyu dengan kesan kecederaan pada kepala itu ditemukan seorang kerani Mohd Zukri Kadir, 45 ketika sedang beriadah di pantai berkenaan.

Mohd Zukri berkata beliau menemukan bangkai penyu berukuran 86 sentimeter (cm) panjang dan 81 cm lebar itu kira-kira 7.30 pagi.

“Saya menemui bangkai penyu yang agak besar kira-kira tiga meter dari pesisir pantai semasa berjoging di pantai peranginan ini pagi tadi,” katanya di sini hari ini.

Mohd Zukri berkata bangkai penyu itu dipercayai mati sejak beberapa hari lepas berdasarkan keadaan reptilia itu yang hampir mereput.

Beliau berkata bangkai penyu agar itu adalah yang kedua ditemukan di pantai berkenaan dalam tempoh dua hari.

-- BERNAMA

 

 

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2514233