SUKAN

FAM Maklum FIFA, AFC Mengenai Peletakan Jawatan Semua Exco

29/01/2026 06:18 PM

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengenai peletakan jawatan kesemua Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) badan induk itu, berkuat kuasa semalam.

Perkara itu dimaklumkan FAM menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.

Menurut hantaran berkenaan, surat daripada Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman telah dihantar kepada Setiausaha Agung FIFA Mattias Grafstrom serta Setiausaha Agung AFC Datuk Seri Windsor Paul John bagi memaklumkan mengenai peletakan jawatan itu.

Semalam, semua barisan Exco FAM bagi penggal 2025–2029 secara kolektif dan sukarela meletakkan jawatan mereka serta-merta.

Bekas pemangku Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata keputusan itu dibuat secara sebulat suara dengan mengambil kira tanggungjawab terhadap organisasi, tanpa dipengaruhi kepentingan peribadi atau jawatan.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2518287