BEIJING, 6 Feb (Bernama-CMG) -- Forum Kerjasama Perdagangan dan Pelaburan China-Uruguay yang berlangsung di sini pada Selasa menawarkan peluang kepada usahawan kedua-dua negara untuk meneroka peluang kerjasama.
Hampir semua peserta dari Uruguay menggunakan aplikasi China seperti WeChat bagi memudahkan komunikasi dengan rakan kongsi dari China.
Pengarah Eksekutif Uruguay XXI yang bertanggungjawab menggalakkan pelaburan dan eksport, Mariana Ferreira berkata pihaknya sentiasa mengalu-alukan syarikat China untuk melabur dan menjalankan perniagaan di negara itu.
Ferreira berkata beliau melihat potensi besar bagi syarikat Uruguay untuk mengembangkan sayap di negara Tembok Besar itu.
Sementara itu, Pengurus Besar Makmal Teknologi Uruguay (LATU), Jorge Cernadas menzahirkan hasrat untuk menjalin kerjasama dengan taman sains dan teknologi di pelbagai tempat di China.
Menurut beliau, kedua-dua pihak boleh memeterai perjanjian untuk melaksanakan program kerjasama dalam pelbagai bidang.
Forum berkenaan dianjurkan sempena ulang tahun ke-38 hubungan diplomatik antara China dan Uruguay.
-- BERNAMA-CMG