AM

Tol 50 Peratus Kelas 1 Pengguna Jambatan Kedua Pulau Pinang

12/02/2026 10:36 AM

BATU KAWAN, 12 Feb (Bernama) -- Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) hari ini mengumumkan diskaun tol sebanyak 50 peratus kepada pengguna sempena Tahun Baharu Cina 2026 pada Sabtu dan Ahad ini.

JKSB dalam kenyataan memaklumkan, diskaun itu untuk kenderaan Kelas 1 (persendirian) yang menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. 

"Diskaun itu bermula 12.01 tengah malam Sabtu (14 Feb) hingga 11.59 malam Ahad ( 15 Feb)," menurut kenyataan itu menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Kabinet bersetuju memberikan diskaun 50 peratus untuk tol sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026 yang akan bermula pada 12.01 tengah malam 14 Feb dan berakhir pada 11.59 malam 15 Feb.

Diskaun itu terpakai kepada kenderaan persendirian Kelas 1 pada semua plaza tol serta Kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang, namun tidak membabitkan plaza tol sempadan negara, iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar di Lebuhraya Utara-Selatan dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Laluan Kedua Malaysia-Singapura.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2523055