DUNIA

Trump Umum Sumbangan Berbilion Dolar Untuk Gaza Pada Mesyuarat Lembaga Keamanan

20/02/2026 10:58 AM

ISTANBUL/WASHINGTON DC, 19 Feb (Bernama-Anadolu) -- Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan sumbangan berbilion dolar bagi bantuan di Semenanjung Gaza pada mesyuarat sulung Lembaga Keamanan yang diadakan di Washington pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi.

Trump berkata Amerika Syarikat menyumbang sebanyak US$10 bilion kepada badan baharu itu.

Kazakhstan, Azerbaijan, Emiriah Arab Bersatu, Maghribi, Bahrain, Qatar, Arab Saudi, Uzbekistan dan Kuwait secara kolektif berikrar menyumbang lebih US$7 bilion, katanya.

Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) pula sedang mengumpulkan tambahan US$2 bilion, menurut Trump.

Presiden AS itu turut memaklumkan yang Jepun komited untuk menjadi tuan rumah satu acara kutipan dana, yang menurutnya “akan menjadi sangat besar.”

-- BERNAMA-ANADOLU

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2525661