DUNIA

FIFA Umum “Perkongsian Sebenar” Dengan Lembaga Keamanan Trump

20/02/2026 12:36 PM

WASHINGTON, 20 Feb (Bernama-dpa) -- Lembaga Keamanan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengadakan mesyuarat sulungnya di Washington pada Khamis dengan penyertaan wakil pelbagai negara serta seorang tetamu luar biasa, iaitu presiden badan induk bola sepak dunia, FIFA.

“Semua pihak perlu menyokong keamanan,” kata Gianni Infantino di Washington sambil menambah FIFA juga mahu membantu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Dalam ucapan pembukaannya pada mesyuarat itu, Trump berkata: “Gianni akan membawa bintang bola sepak ke kawasan itu.”

Dalam video promosi yang dibentangkan oleh Infantino, FIFA menggariskan rancangan untuk membina padang permainan dan sebuah stadium berkapasiti sehingga 25,000 penonton di Semenanjung Gaza.

Trump berkata persatuan itu juga akan membantu mengumpul dana sebanyak US$75 juta bagi projek berkaitan bola sepak di Gaza.

-- BERNAMA-dpa

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2525700