KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada hari Jumaat selepas ia menjejaki keuntungan dalam niaga hadapan emas Comex AS.
Pada penutupan, kontrak bulan semerta Februari 2026 meningkat kepada US$5,046.30 setiap auns troy daripada US$5,011.90 setiap auns troy yang dicatatkan semalam.
Mac menokok kepada US$5,063.30 setiap auns troy berbanding US$5,028.90 setiap auns troy, manakala April dan Mei naik kepada US$5,081.10 setiap auns troy daripada US$5,046.60 setiap auns troy.
Kontrak Jun dan Ogos juga adalah lebih tinggi, ditutup pada US$5,115.0 setiap auns troy dairpada US$5,080.50.
Jumlah dagangan melonjak kepada 10 lot berbanding enam lot yang disaksikan pada Khamis, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 98 kontrak daripada 83 kontrak sebelumnya.
Pada penetapan tengah hari 19 Feb 2026 di London Bullion Market Association, emas fizikal ditetapkan pada US$5,004.80 setiap auns troy.
-- BERNAMA