PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

18/03/2026 10:32 AM

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada Rabu, seiring dengan kadar asas pasaran tunai.

Pada 9.42 pagi, kontrak Mac 2026 dan April 2026, masing-masing meningkat 9.0 mata kepada 1,719.0 dan 1,719.5, Jun 2026 naik 7.50 mata kepada 1,719.0 dan September 2026 menambah 13.5 mata kepada 1,705.0.

Jumlah dagangan sebanyak 3,082 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 36,139 kontrak.

FBM KLCI meningkat 14.92 mata kepada 1,725.91 selepas 49 minit dagangan daripada 1,710.99 dicatatkan semalam.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2535550