AM

Sabah Umum Cuti Tambahan Aidilfitri

18/03/2026 09:47 PM

KOTA KINABALU, 18 Mac (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sabah mengumumkan pemberian cuti umum tambahan sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, seiring dengan pengumuman dibuat Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.

Menurut Warta Kerajaan Keluaran Khas hari ini, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman telah menetapkan Jumaat (20 Mac) sebagai hari kelepasan am tambahan, sekiranya 1 Syawal jatuh pada Sabtu (21 Mac).

Warta itu turut menyatakan sekiranya Aidilfitri diisytiharkan pada Jumaat (20 Mac) maka cuti umum tambahan negeri itu ditetapkan pada Isnin (23 Mac).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa lawatan ke Sabah pada Ahad lepas, mengumumkan penetapan tarikh yang sama sebagai cuti tambahan Aidilfitri bagi memudahkan urusan perancangan rakyat di seluruh negara.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2535822