KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, seiring dengan pasaran tunai pendasar.
Pada penutup, kontrak Mac 2026 dan April 2026 masing-masing susut 14.5 mata kepada 1,705.0 dan 1,706.50, Jun 2026 berkurang 16.5 mata kepada 1,704.0 dan September 2026 merosot 16.0 mata kepada 1,684.0.
Jumlah dagangan menyusut kepada 9,667 lot daripada 10,346 pada Khamis, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 42,750 kontrak berbanding 42,127 sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI susut 11.95 mata atau 0.68 peratus kepada 1,708.76 berbanding 1,720.71 ketika ditutup pada Khamis.
-- BERNAMA