AM

Empat Daerah Di Kedah Alami Gelombang Haba Tahap 2 Setakat 4 Petang

28/03/2026 08:59 PM

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Empat daerah di Kedah iaitu Baling, Pendang, Pokok Sena dan Kota Setar merekodkan gelombang haba Tahap 2 setakat 4 petang tadi.

Berdasarkan rekod yang dikemas kini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), beberapa kawasan lain di negeri itu merekodkan cuaca panas Tahap 1 atau berjaga-jaga melibatkan Bandar Baharu, Kulim, Kuala Muda, Sik, Padang Terap, Kubang Pasu dan Pulau Langkawi.

Cuaca panas Tahap 1 turut direkodkan di Perlis; Pulau Pinang (Daerah Utara); Perak (Kuala Kangsar, Kinta dan Hulu Perak) serta Lubok Antu di Sarawak.

Mengikut MetMalaysia, cuaca panas Tahap 2 atau gelombang haba merujuk kepada suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius, manakala Tahap 1 melibatkan suhu antara 35 hingga 37 darjah Celsius.

Kedua-dua tahap direkodkan apabila suhu berkenaan berlaku bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2538562